Category: Berita



diamondcontactlenses vi Wow! Contact Lens Bertatahkan Berlian dan Berlapis Emas

Seorang optometrist (ahli mata) di Shekhar Eye Research Center, India, mengembangkan contact lens yang bertatahkan berlian dan berlapis emas untuk memberi “sinar” pada mata Anda. Karyanya ini terinspirasi dari permata yang diimplan pada gigi isterinya.
Untuk memiliki sepasang lens eksotis ini Anda harus mengeluarkn wang dari kocek sebesar $ 15.000. Beberapa kritikan mengatakan bahawa mengeluarkan wang sebanyak itu untuk lens ini adalah hal yang agak berlebihan.
Menurut sang pencipta, Chandrashekhar Chawan,keuntungan dari penjualan lens akan digunakan untuk membiayai pengubatan para penderita Stevens Johnson Syndrome, iaitu penyakit kulit yang dapat menyebabkan hilangnya penglihatan.
Apakah lensa contact lens yang tidak biasa ini cukup menarik minat Anda? Chawan berharap ini dapat menjadi tren fashion yang selanjutnya di Bollywood.

article 0 0D425BFC00000578 552 468x286 Gila..Rektor universiti ini bina penjara seks
article 0 0D425D0A00000578 413 468x309 Gila..Rektor universiti ini bina penjara seks
article 0 0D425ED500000578 212 468x349 Gila..Rektor universiti ini bina penjara seks
article 0 0D425EC600000578 182 224x362 Gila..Rektor universiti ini bina penjara seks

Intermezo News -Seorang Rektor sebuath universiti ditahan oleh agen federal kerana dia dan kekasihnya telah membuat sebuah penjara seks yang terdapat dibawah tanah universiti tersebut.
David Lee 64 tahun rektor University of Northern Virginia sebelum ini telah mengiklankan secara online untuk bergabung bersama dengan penjara seksnya, dia mengatakan bahawa siapa saja yang ingin bergabung akan dianggap sebagai budak seks didalam penjara.
The Smoking Gun telah menemuan foto-foto dan iklan peribadi Lee didalam penjara dan melakukan kegiatan sadomasokis, terdapat foto Lee memegang api didepan seoran wanita telanjang yang mengenakan topeng.
Terdapat juga foto yang memperlihatkan Lee bersama seorang wanita yang dengan kabel yang melingkar dilehernya ada juga foto dirinya yang bertelanjang dada serta gambar yang memperlihatkan penjara seks mereka lengkap dengan rak-rak kayu.
Penyelidik sedang mencari informasi apakah siswa-siswa yang belajar diuniversiti tersebut apakah hanya ingin menghadiri kelas ataukah ingin mendaftar menjadi sebahagian dari penjara seksnya Lee.(rm) [ SUMBER ]

Saat putus cinta, biasanya orang akan membuang semua barang-barang kenangan atau hadiah pemberian kekasihnya. Namun ada pula sebahagian orang yang memilih menyimpannya, sebagai pelajaran hidup yang berharga.

museum dlm  Wow, Ada Muzium Patah Hati
Di Inggris, barang-barang kenangan bekas kekasih boleh menjadi sesuatu yang menarik bagi orang banyak. Kenapa hal-hal yang memiliki kenangan pahit boleh disebut menarik?
Di sebuah tempat bernama Muzium Patah Hati, Anda akan menemukan jawabannya. Berbagai barang kenangan dari hubungan asmara yang putus di tengah jalan berkumpul di tempat ini, dan semua orang pun bebas melihatnya.
Muzium ‘ajaib’ tersebut bertempat di Tristan Bates Theatre, London, dan akan dibuka untuk umum awal Ogos 2011. Dikutip dari Female First, selama tiga minggu, para pengunjung boleh melihat objek-objek dari pengalaman cinta para pasangan –yang sayangnya, tidak berjalan baik.
Masing-masing benda punya cerita menyedihkan. Mulai dari gaun pernikahan (yang berakhir perceraian), boneka Teddy Bear bertuliskan ‘I Love You’ dari bekas kekasih yang berselingkuh sampai benda-benda yang sudah tidak jelas lagi bentuknya –kerana sempat dibuang, dirosak atau usang kerana terlalu lama disimpan.
Barang-barang yang akan dipamer di muzium, merupakan pemberian sukarela dari ratusan orang yang patah hati dari seluruh dunia. Setiap orang dapat mengirimkan barang pemberian bekas kekasih, lengkap dengan kisah cinta di baliknya. Meskipun terkesan sebagai ajang ‘lucu-lucuan’, projek unik ini tidak main-main diselenggarakan.
Untuk menciptakan Muzium Patah Hati, The Tristan Bates Theatre mengaji sejumlah orang yang ahli di bidangnya. Mulai dari seniman, sutradara teater, penyanyi, penulis puisi, komposer, kelompok tari bahkan novelis ikut terlibat dalam pembuatan ‘projek patah hati’ ini.
Pameran akan dibagi menjadi dua tempat. Koleksi utama akan dipamerkan di The Tristan Theatre di Tower Street, sementara koleksi yang lebih kecil ditempatkan di 38 Earlham Street.
Sebelumnya, pameran serupa pernah diadakan 2010 lalu di Croatia. Pemrakarsanya adalah Olinka Vistica dan Drazen Grubisic, pasangan yang sempat putus cinta dan memutuskan untuk membagi kesedihan mereka ke khalayak ramai. Sampai saat ini, muzium yang bernama Museum of Broken Relationship itu berhasil mengumpulkan 700 benda berisi kenangan menyedihkan.

Orang Eropah ternyata mewarisi DNA Firaun. Penelitian yang dilakukan oleh ahli genetik asal Switzerland menunjukkan 70 peratus orang Inggris dan 50 peratus orang Eropah barat mendapat warisan gen dari Firaun Tutankhamun.

 DNA Firaun Ada di Tubuh Orang Eropah



DNA. hollanddoc.nl
Temuan tersebut didapatkan setelah pusat genealogi DNA asal Zurich, iGENEA, merekonstruksi profil DNA Firaun Tutankhamun yang mendapat warisan kekuasaan dari ayahnya, Akhenaten, dan datuknya, Amenhotep III. Perhatian peneliti lalu tertuju pada kelompok profil gen bernama haplogroup R1b1a2 yang juga dimiliki 50 peratus manusia Eropa barat. Dengan demikian, manusia Eropha berkongsi nenek moyang yang sama dengan Firaun.
“Temuan yang menarik kerana DNA Tutankhamun ada di diri sekelompok orang Eropah,” ujar Direktur iGENEA Roman Scholz.
Untuk beberapa negara di Eropah barat, porsi warisan DNA Firaun ini cukup besar. Orang Sepanyol memiliki 70 peratus DNA Firaun, sementara orang Perancis memiliki 60 peratus.
“Firaun dan orang Eropah berasal dari nenek moyang yang menghuni Kaukasus sekitar 9.500 tahun lalu,” ujar Scholz.
Haplogroup R1b1a2 sendiri menyebar dari Kaukasus ke arah barat pada tahun 7.000 sebelum Masehi. Penyebaran juga membawa teknologi pertanian ke Eropah.
Tutankhamun adalah Firaun yang mati muda. Ia hidup antara 1334-1323 sebelum Masehi. Makam Tutankhamun sendiri baru ditemukan pada March 1922 oleh arkeologi Inggris Howard Carter bersama topeng emas murni seberat hampir 11 kilogram berlapis berbagai batuan mulia.

seks1 Dua pelajar berumur 13 tahun ditangkap berhubungan seks di Sekolah

 

Dua pelajar laki-laki dan perempuan diusir dari sekolah kerana tertangkap melakukan hubungan seks di kawasan persekolahan mereka.

Mereka masing-masing berusia 13 tahun itu dihantar pulang ke rumah mereka dari sekolah yang yuran tahunannya mencapai 30 ribu poundsterling dengan alasan melakukan aksi seksual yang tak bertanggung jawab.

Kedua-dua remaja itu dipercayai meminum wiski dari kedai tempatan. “Ada ketakutan dari orangtua mengenai bahaya dan mengapa perkara ini terjadi,” demikian diungkapkan seorang sumber.

Sekolah ini merupakan sekolah ternama dan beberapa nama hebat pernah bersekolah disini seperti penyanyi Lily Allen. Aktor kenamaan Daniel Day-Lews dan model Sophie Dahl juga pernah menimba ilmu di sekolah tersebut.

Juru cakap dari sekolah yang berlokasi di Petersfield, Hants, England mengatakan kelakuan ini menunjukkan masalah serius terutama sekolah itu menerapkan standard yang tinggi. Ini adalah sekolah berasrama penuh yang berprestij di UK.

~ The Sun, Rabu 20.7.2011.


Filem Lucah Menyumbang Kejadian Jenayah Filem Lucah Menyumbang Kejadian Jenayah

MELAKA – Filem tidak bertapis dan lucah antara punca kepada kejadian jenayah seperti pembuangan bayi, rogol dan keganasan.

Atas faktor itu Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Melaka mengadakan satu program khas bagi mengatasi masalah tesebut.

Pengarahnya, Nasruddin Abdullah berkata, pihaknya akan menjalin kerjasama dengan media di negeri ini bagi melaksanakan program yang bersifat mendidik dan mencegah tersebut.

“Kita akan laksanakan program pendidikan dan pencegahan kesan negatif menonton filem tidak bertapis serta lucah terhadap masyarakat kerana banyak kejadian jenayah termasuk pembuangan bayi dan rogol berkaitan dengan filem seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelantikan Rakan Bestari Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan KDN cawangan Melaka di sini hari ini.

Nasruddin berkata, program pendidikan dan pencegahan itu bakal melibatkan semua kumpulan masyarakat terutama di kalangan ibu bapa.

Ia kerana, kata beliau, ibu bapa adalah pihak yang penting dalam mengawasi golongan muda supaya mereka tidak menonton filem tidak bertapis dan lucah.

Disamping itu, kata beliau, penguatkuasaan undang-undang akan dipergiat bagi memastikan filem lucah tidak dijual di pasaran. – mynewshub.my


2,697 Pasangan Gay & Lesbian Berkahwin

BUENOS AIRES: Seramai 2,697 pasangan gay dan lesbian berkahwin di sini sejak Argentina menjadi negara Amerika Latin pertama membenarkan perkahwinan jantina yang sama.

Persekutuan lesbian, gay dan biseksual berkata, 60 peratus daripada perkahwinan itu membabitkan lelaki dengan lelaki dan wilayah yang paling diminati bagi melangsungkan majlis berkenaan ialah di Buenos Aires.

Bagaimanapun, golongan gay berkata, keadaan tidak semanya indah sejak kongres Argentina meluluskan undang-undang itu kerana mreka berdepan masalah untuk memujuk pihak berkuasa awam untuk mendaftar anak mereka menggunakan kedua-dua nama. – AP

Sumber


Syampu antara punca gemuk

LONDON: Apabila berbicara mengenai mengurangkan berat badan, kebanyakan kita sedar tiga faktor perlu diambil kira: genetik, jumlah kalori yang diambil dan masa yang sedia diluangkan untuk bersenam.

Kita tidak boleh memilih ibu bapa, namun menurut mantera diet, jika kita makan secara sihat dan kerap bersenam akan membantu menurunkan berat badan.

Namun, bukti baru membayangkan menjauhi ‘kalori bahan kimia’ yang wujud dalam produk kecantikan harian seperti syampu, losyen badan dan sabun mungkin dapat membantu mengurangkan berat badan.

Doktor di Pusat Perubatan Mount Sinai di New York mendakwa ‘phthalates’ kandungan bahan kimia dalam 70 peratus kosmetik serta kebanyakan produk pembersih isi rumah, didapati berupaya menjejaskan sistem kawalan berat badan semula jadi yang menjaga keseimbangan hormon apabila kimia itu menyerap emnerusi kulit.

Penyelidik berkenaan berkata pendedahan kepada phthlatates menerusi penggunaan harian mungkin dikaitkan dengan obesiti kanak-kanak dan masalah berat di kalangan dewasa. – Agensi

Sumber


LONDON: Identiti pegawai Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang bertanggung-jawab memburu dan merancang operasi membunuh Osama bin Laden dikatakan terbongkar semata-mata lelaki berkenaan bergambar bersama Pegawai Tinggi Pentadbiran Obama dengan memakai tali leher kuning.

Pegawai yang dikenali dengan nama John bertugas sebagai penganalisis CIA yang tugasnya memburu ketua al-Qaeda itu.

Nama lengkap pegawai berkenaan dirahsiakan. Namun, akhbar Daily Mail melaporkan seorang penyiasat di internet yakin beliau berjaya mengenal pasti pegawai itu dari beberapa gambar diedarkan Rumah Putih, termasuk gambar pegawai kanan Amerika Syarikat menonton rakaman video serbuan komando tentera AS terhadap rumah persembunyian Osama.

Minggu lalu, pegawai CIA memberitahu wartawan AP bahawa John berada di di bilik di mana pegawai kanan AS itu menonton rumah Osama di Pakistan.

Bagaimanapun, John tidak terlihat dalam gambar yang diedarkan ketika itu.
Penyiasat internet John Young meneliti beberapa gambar diedarkan Rumah Putih dan dapat mengenal pasti seorang lelaki tinggi yang memakai tali leher kuning yang berdiri ketika pegawai kanan itu menonton rakaman video terbabit.

Young kemudian memeriksa gambar lain dan menemui lelaki yang memakai tali leher kuning itu.
Menurut berita AP, dua hari selepas kematian Osama, John menemani pengarah CIA, Leon Panetta ke Capitol Hill untuk memberi keterangan di depan Jawatankuasa Risikan Senat mengenai operasi serbuan terbabit.

Young mencari sebuah foto ketika Panetta keluar dari pertemuan dengan Senat pada 3 Mei itu. Pada foto berkenaan terlihat jelas seorang lelaki yang menggunakan tali leher kuning.

Hampir semua yang terbabit dalam serbuan ke atas kediaman Osama dirahsiakan identiti mereka berikutan kebimbangan terhadap keselamatan mereka.
John orang pertama yang mengungkapkan bahawa CIA memiliki petunjuk untuk menjejak Osama.

John memeriksa pelbagai petunjuk yang akhirnya mengenal pasti tempat persembunyian Osama di Abbottabad, Pakistan.

Beliau antara orang yang memberi maklumat kepada Presiden Barack Obama bahawa Osama kemungkinan bersembunyi di tempat itu. CIA menyatakan mereka tidak mengizinkan John berbicara kepada wartawan. – Agensi

Sumber

Bolivia ikat Argentina 1-1


PEMAIN gantian, Sergio Aguero menyelamatkan maruah tuan rumah, Argentina apabila jaringannya pada minit ke-76 menghampakan Bolivia untuk mencipta kejutan pada aksi pembukaan Copa Amerika 2011 di Stadium La Plata sebentar tadi.

Penyokong tuan rumah tersentak seketika apabila Edivaldo Rojas memberikan gol pendahuluan buat Bolivia pada minit ke-48, namun jaringan menarik Aguero mengikat perlawanan dengan keputusan 1-1.

Dua tahun lepas, Bolivia memberikan aib buat Argentina apabila menewaskan pasukan bimbingan Diego Maradona itu 6-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2010.

Argentina akan bertemu Colombia dalam perlawanan berikutnya, 7 Julai nanti.

Sumber