Halang Suami Main Mata dengan Wanita Lain

1. Layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan kerana ia boleh membangkitkan semangat dan suami berasa dihargai. Tetapi jangan sekadar bercakap, isteri harus buktikan dengan perbuatan. Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikitpun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

2. Wanita pada usia 40 hingga 45 tahun masih cantik dan menawan. Mungkin tidak secantik gadis belasan tahun, tetapi jika bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

3. Isteri jangan membiarkan rambut menggerbang macam penunggu pohon beringin,dahi berkerut, bibir berkedut, tanpa bedak serta tanpa gincu, dan pipi pula berminyak semacam.

4. Suami suka melihat penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan terlalu manja, nanti suami pulak naik lemas.

5. Sambutlah kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat.

6 . Bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri, oleh itu haruslah beretika. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bungaan wangi di atas tilam. Bukan bau minyak angin.

7. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika suami marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan.

8. Selalu berdoa agar rumahtangga yang dibina kekal ke akhir hayat.

Zikir Pelembut Hati – Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut .

1. Ya Aziz

2. Ya Jabbar

3. Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4.Amalkan doa ini: “Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi”

@Renungan Bersama @

1.Wanita bukanlah hanya perhiasan mata.. Wanita adalah pelengkap di jiwa… Yang perlu kau corak dan bimbingi dia… Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata.

2. Pembaca yang saya hormati di dalam al-Quran ada menyebut bahawa wanita2 yang baik untuk lelaki yang baik dan wanita2 yang jahat untuk lelaki yang jahat..tetapi jika kita telah benar2 bertaubat di atas kesalahan yang lalu…Insyaallah segalanya pasti berubah..Sesungguhnya setiap sesuatu adalah yang terbaik bagi Allah..wassalam..