Latest Entries »


Seperti korang tahu, celcom ada bandwidth limit tersendiri. Macam aku aku ambik 3GB/month. Dan untuk pengetahuan koramg aku guna 4 hari je bandwidth tu dah capai limit.
Masa ni lah kelajuan jadi tahap cipan..

Apa yang aku nak kongsi disini ialah bagaimana nak bagi download speed laju.

pertama sekali korang kena pakai IDM.(Internet download manager)

Apa yang aku buat ialah.

1. Downlod file yang kita nak tu guna IDM , pastikan resume capabilty : YES
2.Kalau downlod speed jadi lembab, try disconnect connection.
3. sebelum disconnect tu, pause kan dulu downlaoad kat IDM
4. Lepas tu, connect balik.
5.Resume downlaod.
6. Download speed memuncak.
7. Ulang step 3-5 setiap kali download speed jadi lembab.

Dulu aku pernah download guna IDM sampai mencecah 300KB/s. Masa tu aku dah capai limit 3GB dah pun, tapi still boleh dapat download speed camtu guna tips  ni.

Good luck.

p/s: kadang – aku guna tips ni juga nak bagi cepat youtube loading.hehe


.


 

Diambil dari petikan soal jawab agama…

“Hadith tentang meminum susu isteri”Sheikh Yusuf Al-Qaradawi ditanya soalan ini dan beliau berkata:
…“Pernah suatu ketika pada zaman sahabat R.A. Salah seorang sahabat R.A melakukan hubungan dgn isterinya, dan semasa melakukan perhubungan beliau telah menghisap payu dara isterinya sehingga susu telah masuk ke dlm perutnya. Oleh kerana itu, beliau telah pergi berjumpa dgn Abu Musa Al-Asha`ari R.A utk bertanyakan hukum tentang ini. Lalu Abu Musa menjawab, “Isteri engkau sudah tidak halal buatmu.”

Selepas itu, lelaki tersebut telah pergi berjumpa dgn Abdullah Ibn Mas’ud R.A utk bertanyakan perkara yang sama dan Ibn Mas’ud mengatakan ia bukanlah menjadi kesalahan. Ibn Mas’ud memberikan hujjah dari hadith yang mana dgn jelas menyatakan bahawa susuan hanyalah terbatas utk 2 tahun pertama kanak-kanak. Lalu Ibn Mas’ud membacakan ayat:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”(Surah Al-Baqarah ayat 233)

Ini adalah perintah Allah Ta’ala kpd para ibu yang menyusukan anak sehingga sempurna tempoh itu yakni 2 tahun. Maka selepas tempoh itu (2 tahun), ia tidak tidak dikira. Mendengar hujjah ini, maka Abu Musa R.A berkata: “Jgnlah engkau bertanya aku lagi sekiranya ulama besar ini berbicara.”

Penjelasan selanjutnya ayat al-baqarah:

قَالَ ” لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَة ” وَذَهَبَ أَكْثَر الْأَئِمَّة إِلَى أَنَّهُ لَا يُحَرِّم مِنْ الرَّضَاعَة إِلَّا مَا كَانَ دُون الْحَوْلَيْنِ فَلَوْ اِرْتَضَعَ الْمَوْلُود وَعُمْره فَوْقهمَا لَمْ يُحَرِّم

Berfirman Allah, “Bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”
Oleh yang demikian, penyusuan menyebabkan pengharaman itu (i.e: haram utk dinikahi) berlaku sblm 2 tahun. Sekiranya bayi menyusu selepas 2 tahun, maka pengharaman itu tidak ada.

Berkata Imam At-Tirmidzi di bawah Bab Penyusuan Menyebabkan Pengharaman Dlm tempoh 2 tahun pertama: Diriwayatkan dari Qutaibah diriwayatkan dari Abu Awanah dari Hisham bin `Urwah dari Fathimah Bint Munzir dari Umm Salamah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Penyusuan akan menyebabkan HARAM sekiranya ia berlaku menyusu dan sebelum fitam (sblm 2 tahun).” At-Tirmidzi mengatakan, “Hadith ini hasan sahih dan majority para ahli ilmu dari kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W mengamalkan bahawa penyusuan menyebabkan pengharaman sblm tamat tempoh 2 tahun dan penyusuan selepas itu tidak akan menyebabkan pengharaman.” (At-Tirmidzi shj meriwayatkan hadith ini dgn jalur rijal yang memenuhi syarat sahihain)

Kesimpulannya: Tidak mengapa bapa bayi berbuat demikian dan tidak menyebabkan berlaku pengharaman. sukasangat

Wassalam

Rumusan:
Umur yg mempengaruhi susuan ialah (bayi) yg belum mencapai umur dua tahun. Ini ijma’ sahabat kecuali Aisyah ra. (Imam anNawawi, Syarah Sahih Muslim : 6/214; Imam Ibn Rusyd, Bidayah alMujtahid: 2/36). Madzhab Daudi atau Zahiri mendokong pendapat Aisyah dan diperkuat oleh Imam Ibn Hazm.
Madzhab Hanafi bayi bawah 2 tahun 6 bulan. Maliki pula dua tahun beberapa hari. WA
Kesimpulan: Dengan ini jelas hukum meminum atau terminum susu isteri adalah HARUS

Sumber


400px PantyStyles 300x227 Soal Jawab : Ghairah lihat seluar dalam wanita

SAYA ada satu tabiat pelik iaitu menjadi ghairah apabila melihat pakaian dalam wanita. Saya mengambil (mencuri) pakaian dalam wanita di jemuran dan menyimpannya. Kadangkala saya memuaskan nafsu dengan pakaian dalam itu.
Sekarang saya insaf tetapi bagaimana dengan pakaian dalam wanita dalam simpanan saya? Jika saya tidak mengenali pemilik pakaian dalam itu, bagaimana saya mahu memulangkannya?

SALIMAT
Shah Alam

Pada saya, ubat terbaik bagi saudara ialah segera berkahwin kerana dengan cara itu nafsu dapat diboloskan melalui jalan halal.Berkaitan barang curi berkenaan, saudara mengaku sukar memulangkannya memandangkan saudara tidak tahu pemiliknya, oleh itu buangkan saja supaya tabiat buruk itu tidak kembali.

Banyakkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah serta banyakkan membuat sedekah dengan niat supaya Allah memberi ampun pada saudara dan memberi rahmat pada mangsa curi.


diamondcontactlenses vi Wow! Contact Lens Bertatahkan Berlian dan Berlapis Emas

Seorang optometrist (ahli mata) di Shekhar Eye Research Center, India, mengembangkan contact lens yang bertatahkan berlian dan berlapis emas untuk memberi “sinar” pada mata Anda. Karyanya ini terinspirasi dari permata yang diimplan pada gigi isterinya.
Untuk memiliki sepasang lens eksotis ini Anda harus mengeluarkn wang dari kocek sebesar $ 15.000. Beberapa kritikan mengatakan bahawa mengeluarkan wang sebanyak itu untuk lens ini adalah hal yang agak berlebihan.
Menurut sang pencipta, Chandrashekhar Chawan,keuntungan dari penjualan lens akan digunakan untuk membiayai pengubatan para penderita Stevens Johnson Syndrome, iaitu penyakit kulit yang dapat menyebabkan hilangnya penglihatan.
Apakah lensa contact lens yang tidak biasa ini cukup menarik minat Anda? Chawan berharap ini dapat menjadi tren fashion yang selanjutnya di Bollywood.

Bosan dengan kucing kampung? inginkan kucing special breed, kami offer anda tanpa bayaran. Just click this picture.


oE6zV Inginkan kucing mahal? Kami ada caranya


Bernama
4/8/2011

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dua bulan lepas dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi.

“Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Sebelum ini, Cuepacs beberapa kali telah membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangan pemberian bonus tersebut selepas Cuepacs sendiri menerima banyak permintaan dari penjawat awam agar mereka mendapat bonus.

Beliau juga berkata pemberian bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi kepada keseluruhan penjawat awam.

Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan untuk memutuskannya dan Cuepacs berharap agar ia dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan.

Sementara itu, Cuepacs berhasrat untuk mengadakan perbincangan bersama kerajaan mengenai Skim Pencen Bercarum (SPB) yang dijangka akan dilaksanakan tahun depan.

Beliau berkata walaupun Cuepacs sebulat suara menolak pelaksanaan skim itu, mereka tetap bersedia untuk berbincang dengan harapan kerajaan dapat menawarkan penambahbaikan yang mampu memberi kebaikan kepada keseluruhan penjawat awam.

“Perbincangan ini untuk kerajaan mendengar apa sebenarnya pandangan Cuepacs, kenapa Cuepacs menolak SPB,” katanya.

Cuepacs sebagai badan tertinggi yang mewakili sektor awam tetap dan berpencen mendakwa bahawa skim itu tidak menguntungkan terutamanya kepada generasi baru sektor awam.


fakta si bertangan kiri.


article 0 0D425BFC00000578 552 468x286 Gila..Rektor universiti ini bina penjara seks
article 0 0D425D0A00000578 413 468x309 Gila..Rektor universiti ini bina penjara seks
article 0 0D425ED500000578 212 468x349 Gila..Rektor universiti ini bina penjara seks
article 0 0D425EC600000578 182 224x362 Gila..Rektor universiti ini bina penjara seks

Intermezo News -Seorang Rektor sebuath universiti ditahan oleh agen federal kerana dia dan kekasihnya telah membuat sebuah penjara seks yang terdapat dibawah tanah universiti tersebut.
David Lee 64 tahun rektor University of Northern Virginia sebelum ini telah mengiklankan secara online untuk bergabung bersama dengan penjara seksnya, dia mengatakan bahawa siapa saja yang ingin bergabung akan dianggap sebagai budak seks didalam penjara.
The Smoking Gun telah menemuan foto-foto dan iklan peribadi Lee didalam penjara dan melakukan kegiatan sadomasokis, terdapat foto Lee memegang api didepan seoran wanita telanjang yang mengenakan topeng.
Terdapat juga foto yang memperlihatkan Lee bersama seorang wanita yang dengan kabel yang melingkar dilehernya ada juga foto dirinya yang bertelanjang dada serta gambar yang memperlihatkan penjara seks mereka lengkap dengan rak-rak kayu.
Penyelidik sedang mencari informasi apakah siswa-siswa yang belajar diuniversiti tersebut apakah hanya ingin menghadiri kelas ataukah ingin mendaftar menjadi sebahagian dari penjara seksnya Lee.(rm) [ SUMBER ]

 Halang Suami Main Mata dengan Wanita Lain

1. Layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan kerana ia boleh membangkitkan semangat dan suami berasa dihargai. Tetapi jangan sekadar bercakap, isteri harus buktikan dengan perbuatan. Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikitpun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

2. Wanita pada usia 40 hingga 45 tahun masih cantik dan menawan. Mungkin tidak secantik gadis belasan tahun, tetapi jika bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

3. Isteri jangan membiarkan rambut menggerbang macam penunggu pohon beringin,dahi berkerut, bibir berkedut, tanpa bedak serta tanpa gincu, dan pipi pula berminyak semacam.

4. Suami suka melihat penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan terlalu manja, nanti suami pulak naik lemas.

5. Sambutlah kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat.

6 . Bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri, oleh itu haruslah beretika. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bungaan wangi di atas tilam. Bukan bau minyak angin.

7. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika suami marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan.

8. Selalu berdoa agar rumahtangga yang dibina kekal ke akhir hayat.

Zikir Pelembut Hati – Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut .

1. Ya Aziz

2. Ya Jabbar

3. Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4.Amalkan doa ini: “Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi”

@Renungan Bersama @

1.Wanita bukanlah hanya perhiasan mata.. Wanita adalah pelengkap di jiwa… Yang perlu kau corak dan bimbingi dia… Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata.

2. Pembaca yang saya hormati di dalam al-Quran ada menyebut bahawa wanita2 yang baik untuk lelaki yang baik dan wanita2 yang jahat untuk lelaki yang jahat..tetapi jika kita telah benar2 bertaubat di atas kesalahan yang lalu…Insyaallah segalanya pasti berubah..Sesungguhnya setiap sesuatu adalah yang terbaik bagi Allah..wassalam..