2,697 Pasangan Gay & Lesbian Berkahwin

BUENOS AIRES: Seramai 2,697 pasangan gay dan lesbian berkahwin di sini sejak Argentina menjadi negara Amerika Latin pertama membenarkan perkahwinan jantina yang sama.

Persekutuan lesbian, gay dan biseksual berkata, 60 peratus daripada perkahwinan itu membabitkan lelaki dengan lelaki dan wilayah yang paling diminati bagi melangsungkan majlis berkenaan ialah di Buenos Aires.

Bagaimanapun, golongan gay berkata, keadaan tidak semanya indah sejak kongres Argentina meluluskan undang-undang itu kerana mreka berdepan masalah untuk memujuk pihak berkuasa awam untuk mendaftar anak mereka menggunakan kedua-dua nama. – AP

Sumber