shrimp wordpress Udang Goreng Bawang

Cara membuat Udang goreng bawang putih dibawah ini.

Bahan-bahannya :

1 kg udang yang siap dibersihkan.
5 ulas bawang putih ( dicincang halus ).
1 sudu kicap sotong.
2 sudu teh gula.
Sedikit serbuk perasa jika suka.

Cara membuatnya :

– Goreng udang sehingga kekuningan, angkat dan toskan.

– Selepas itu goreng bawang putih sehingga kuning dan naik bau.

– Masukkan serbuk perasa, kicap sotong, dan gula.

– Apabila naik bau masukkan udang dan gaul bersama, terus angkat dan hidangkan.