221120093336 Ikan Siakap Goreng Berlada

Resipi kali ni ialah Ikan siakap goreng berlada, hmm…sedap tu..!

Bahan-bahannya :

1 ekor ikan siakap.
2 biji cili atau cabai merah.
6 biji cili api atau cabai rawit.
2 ulas bawang merah.
4 ulas bawang putih.
1 sudu kicap sotong.
1 sudu teh gula.
Sedikit garam.
Sedikit serbuk perasa kalau suka.

Cara membuatnya :
– Ikan siakap yang telah disiang dan potong-potong ikut suka, goreng ikan hingga masak dan agak garing, angkat dan toskan.

– Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.

– Kemudian masukkan cili merah dan cili api yang telah dikisar/blender.

– Masukkan kicap sotong seterusnya masukkan serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa.

– Akhir sekali gaul/kacaukan sehingga sebati hanya beberapa minit sahaja, jangan terlalu lama, angkat dan hidangkan.

* Petua *

Petua membersihkan kerang yang mudah dan senang di praktikkan dibawah ini. Kerang sememangnya susah hendak dibasuh, apalagi nak menghilangkan baunya yang kadang-kadang agak hanyir disebabkan lumpur dan kotoran yang melekat di cengkerangnya.

Cara mudah untuk membasuhnya tanpa mengambil masa yang lama ialah
Dengan menggunakan pelepah pisang.

– Terlebih dahulu masukkan kerang kedalam besen berisi air.

– Kemudian gosokkan kerang menggunakan pelepah pisang hingga bersih.

– Bilaskan dengan air.