Ayam Goreng Berempah Ayam Goreng Berempah

7-8 ketul ayam (dibersihkan)
5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
1 inci halia (ditumbuk kasar)
3 batang serai (ditumbuk kasar)
1 sb ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
1 sdt jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
1 sb serbuk kari ayam (dyg guna Adabi)
1 biji telur
2 sb tepung jagung
1 tangkai daun kari
garam secukupnya

Cara-cara

Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing. Gunakan api perlahan shj.
Hidangkan panas2.

* Petua *

1.Untuk mengekalkan rasa minyak masak walaupun telah digunakan, masukkan satu sudu kecil santan ke dalamnya. Minyak tersebut tidak akan berbau tengik dan bolehlah digunakan terutamanya untuk menggoreng.

2. Minyak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk mewangikannya, letakkan serai. Kemudian boleh digunakan semula untuk menggoreng.