puncacerai 20 Punca Berlakunya Cerai

 

Ketika mabuk bercinta semuanya nampak seperti remeh dan mampu untuk diatasi selepas berkahwin. Namun, sebenarnya perkara-perkara yang dianggap remeh sebelum ini turut menjadi penyumbang kepada punca berlakunya perceraian.

Dalam keseronokkan untuk membina rumah tangga, kebanyakkan pasangan lupa untuk mencari ilmu (bahan bacaan) dalam tip-tip untuk terus kekal bahagia dan menganalisis punca-punca yang boleh mencari punca berlakunya perceraian. Saya yakin, semua pasangan yang ingin berkahwin tidak akan lupa untuk mencari ilmu mengenai ‘hubungan suami-isteri’ tetapi bagaimana pula dengan ilmu untuk mengekalkan masjid yang anda bina? Lupa?

Tahukah anda statistik yang telah dikeluarkan oleh JAKIM di Berita Harian bertarikh 03/03/2011, Secara Puratanya Setiap 15 Minit 1 Perceraian Berlaku di Malaysia. Ini bermaksud dalam sehari 96 kes perceraian bakal berlaku.

20 Punca Berlakunya Perceraian

  • Punca 1: Kelemahan dalam berkomunikasi sesama pasangan
  • Punca 2: Kurang Mendengar, Terlampau Banyak Bercakap
  • Punca 3: Tidak Bijak Mengurus Kewangan Keluarga Dan Diri Sendiri
  • Punca 4: Penderaan Menjadi Suatu Kebiasaan
  • Punca 5: Mudah Mendekati Larangan Agama
  • Punca 6: Tidak Ambil Berat Solat 5 Waktu
  • Punca 7: Tidak Setia Pada Pasangan Yang Satu
  • Punca 8: Masalah Kesihatan Seksual
  • Punca 9: Tiada Keserasian Dalam Perkahwinan
  • Punca 10: Gagal Bertindak Cepat Selesaikan Konflik
  • Punca 11: Terlalu Mudah Mengalah Dengan Dugaan
  • Punca 12: Tidak Mahu Bertolak-Ansur
  • Punca 13: Tidak Sanggup Beri 100% Komitmen
  • Punca 14: Tiada Tabungan Kecemasan Keluarga
  • Punca 15: Terus Menunding Jari & Menyalahkan Pasangan
  • Punca 16: Budaya Orang Dulu-dulu Dilupakan
  • Punca 17: Isteri Terlampau Rasakan Boleh Hidup Berdikari
  • Punca 18: Ketagihan Bahan Lucah Yang Terlampau
  • Punca 19: Kehidupan Yang Dipenuhi Dengan Tekanan
  • Punca 20: Berkahwin Di Usia Sangat Muda