Exabytes kini memperkenalkan satu laman web baru berasaskan jualan, Easy.my. Easy.my merupakan satu platform dimana orang ramai boleh menggunakannya untuk memulakan kedai online mereka dengan mudah.

 

easy.my Exabytes Memperkenalkan Easy.my

 

Easy.my menyediakan kemudah kepada peniaga online, bukan sahaja untuk memulakan bisnes tetapi juga kebolehan untuk mengintegrasikan laman jualan mereka dengan laman facebook. Ini membolehkan orang ramai menjual sama ada di laman jualan ataupun secara terus melalui laman facebook mereka.

 

Easy.my mempunyai pakej bayaran yang berbeza namun apa yang menarik adalah merek menyediakan akaun percuma dengan storan sebanyak 50MB, bandwith sebanyak 500MB, 20 produk jualan dan 5 kategori produk. Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman Easy.my