Rasional bermaksud waras. Anda perlu berfikiran waras setiap kali hendak membelanjakan wang. Ada tiga perkara yang perlu anda fikirkan iaitu:

  • Adakah anda akan gunakan barang yang anda beli itu?
  • Adakah ada keperluan yang lebih utama berbanding barang tersebut ?
  • Adakah dengan memiliki barang tersebut, hidup anda akan jadi lebih mudah ?

Sikap rasional perlu sentiasa ada ketika anda memegang wang. Jangan terperangkap dengan perasaan,

“Takpe – takpe, nanti jimat pada bahagian lain.”

banner468x60 3 Berbelanja Secara Rasional

Percayalah, sekali anda tidak rasional dalam berbelanja, tiada jalan untuk anda menutup kembali kesilapan anda melainkan terpaksa mengorbankan beberapa keperluan yang lain.

Jangan sesekali berbelanja berdasarkan nafsu. Anda tidak boleh leka apabila memegang wang. Percayalah, sekali anda terleka, apabila anda tersedar pasti anda akan rasa menyesal. Rasional akan menjadikan anda lebih bijak berbelanja.

Untuk bersikap rasional anda perlu buang perasaan malu, marah, sedih dan mengharapkan sesuatu yang anda rasa mustahil. Jika anda tiada wang, buat cara tiada wang. Tiada apa yang hendak di malukan. Anda hidup kerana diri anda, bukannya kerana orang lain.