rendang daging full1 Rendang Daging Negeri Sembilan

Bahan-bahan:
1kg daging – dipotong dadu
2cm halia – ditumbuk
2cm lengkuas – ditumbuk
3 keping asam keping
1/2 biji kelapa – perah untuk santan
2-3 camb kerisik
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
cili api
cili kering – bergantung pada kepedasan masing2
3 batang serai

cara:

* panaskan minyak didalam kuali kemudian masukkan kesemua bahan2 kisar dan bahan2 tumbuk bersama daging. kacau sebati
* biarkan sehingga air daging itu kering
* kemudian masukkan santan dan serbuk kunyit. apabila santan agak kering baru masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa
* dan akhir sekali apabila daging dah hampir2 empuk masukkan kerisik
* kacau rata, angkat dan sedia dihidangkan

* Petua *

Petua nenek saya kalau nak daging cepat empuk letak sedikit keratan tempurung kelapa.Mula2 saya rasa macam tak masuk akal lak…tapi bila dah cuba ngan ayam pencen & daiging baru percaya.Cuba juga nak kaji kaitanya daging ngan tempurung kelapa sampai kini masih tak dapat jawapanya.pelik tapi benar. Selamat Mencuba..

Saya kalau nak lembutkan daging lembu atau ayam pencen ke, letak sudu atau garfu dalam masakan tu..Pilih yang mana pekenan di hati..

About these ads